Yang Sudi Ikut Kiter

Friday, March 30, 2012

PEKENA LAKSA TELUK KECHAI

Assalamualaikum....

Apa kabar semua?....


Cuti penggal pertama tempohari kite sekeluarga balik ke kampung suami di Kedah. Biasa le kalau dah balik ke Kedah selain menghunting, kami juga jalan-jalan cari makan. Selain dari harga yang masih murah...makanan disini tak pernah menghampakan kite. Dari makanan nasi campur, makanan panas atau kuih-muihnya apa yang pernah kite makan semuanya menepati selera.

Kuih-muihnya terutama yang dijual di kampung suami....sememangnya murah dan sedap2 belaka dan bentuk kuih-muih tu alahaiiii.....kekadang tu kite beli kuih2 sampai tak ingat...rambang mata...disusun cantik dan cuteeeee sesangat. Kalau tak di tegur mahu borong semua.

Ada satu destinasi makan2 yang wajib kami sekeluarga kunjungi sekiranya balik ke Kedah. Kalau tak singgah makan di sini anak2 pasti bising. Tak kira le berapa lama cutinya...wajib ke sini. Kalau tak singgah bagi diorang macam tak balik Kedah je...gitu le penangannya pada kami sekeluarga.

Baca le dibawah nie ya kalau nak tahu cerita selanjutnya. Mana le tahukan lepas2 nie teringin nak ke sana pulak....kite war-warkan je. Untung tokey kedai makan tu...untung kite kalau anda juga kesana....dapat pahala.

Selamat Membaca Semua....:-)


 LAKSA TELUK KECHAI

Emmm...tengok gambar nie je dah terliur...Kite memang suke sesangat laksa. Laksa Teluk Kechai nie kuahnya tak le keruh sangat macam kuah laksa yang biasa kite makan tu....dan warnanya pon nampak macam tak menarik je. Tapi bila dah masuk mulut...perhhhhh...sedappppp.

Laksa nie rasanya tak macam laksa2 yang biasa kite makan....kalau laksa Kedah biasanya depa makan akan letak kicap atau pes otak udang...tapi laksa nie dia istimewa sikit sebab ianya dimakan bersama sambal kelapa dan laksanya dibuat sendiri.  

Macam mana depa buat tak tahu le....jadinya bila kite makan laksa tu ianya akan jadi lemak2 gitu.  Daun ulamnya depa letak daun Putat...siapa2 orang Kedah mesti kenal daun nie. Daun Putat nie kalau makan dengan laksa memang kenalah....lagi sedapppp.  Kebiasaannya  laksa kat KL nie orang letak daun selom...kurang menyengat.



 PULUT SERUNDING IKAN

Ha....yang nie memang wajib ada di meja kami...sampai2 je kami mesti cari pulut serunding  nie dulu..tempat duduk belakang kira. Tak kira le ada kat meja lain ke ...kami sapu gak...hisss...mesti le minta izin dulu kalau depa tak nak baru kami amik. Tak sopankan pakai amik gitu je.  Budi bahasakan amalan kite.

Pulut serunding nie kalau dah pekena satu tak cukup mesti nak lebih atau mesti nak tapaw bawak balik.....emmm memang sedapppppp le pulut serunding nie....bak kata anak kite yang pompuan tu....'kalau tak dapat makan pulut serunding nie mesti termimpi2 nak makan'....heheh tu kata dia....kata mama dia....'terkulat-kulat le kite ya dik'....



Tengok tu ....dia le orang pertama yang tak sabar2 nak makan pulut tu...siap cakap kat abang dia jangan makan lebih2...simpan untuk makan dalam perjalanan. Emmm dari umur lima tahun diperkenalkan pulut serunding nie sampai la nie...tu le ayat dia kalau si abang makan lebih....hemmm anak2 macam2 ragamnya....




Amboi.....langsung tak tunggu camerawomen ya...pulun sakan nampak...dah tak kira le ABC dan Lai Ci Kang sampai ke tidak....biasa le kan kalau orang ramai ada le order yang lambat sampai. Nampak tak plastik merah atas meja tu...hehe tu le Pulut Serunding yang ditapaw...sebenarnya nak amik lagi tapi tak baikkan...bagi le orang lain merasa pulak.

Daging gajah sama dilapah.....Hati nyamuk sama dicicah.....sorang sikit asal sama2 dapat merasa dan adil pada semua.




Begini le situasi kat dalam kedai makan nie....orang menunggu orang lain habis makan...penuh saja....bukan kata orang Melayu je yang ramai....orang Cina, orang India, Mat Salleh malah orang Siam pon berkunjung ke sini.   Kalau tak kena masanya mahu  kena beratur nak makan laksa terutama pada masa cuti2 umum. Boleh dikatakan setiap kali kami datang ke sini pasti ada bas rombongan dari mana2 singgah makan di sini. Kira terkenal juga la tempat makan nie.



Ini gambar kat depan jalan ke kedai makan nie...nama kedai makan  nie Zakaria Laksa Teluk Kechai.

Lokasinya kalau dari Tol Alor Star Selatan masuk kiri ke jalan menuju ke Kuala Kedah. Kedai nie terletak disebelah kanan jalan menuju ke Kuala Kedah...so kena le buat u-turn berpatah balik ke Alor Setar...nak bagi landmark yang lain pon tak berapa nak ingat...tapi yang pasti kalau nampak banyak kereta ke bas ke parking kat sebelah kanan jalan... tu le kedainya.

Kalau ke Utara cuba le.....pasti tak menghampakan kecuali le kalau sememangnya tak minat makan laksa...sedap pon kata tak sedap...betul tak?....

Laksa adalah salah satu resepi dari khazanah silam...siapa yang menciptanya tiada siapa yang tahu...tapi pahala bagi orang yang menciptanya sampai sekarang tak pernah putus. SUBHANALLAH.



GoBok Khazanah Silam

Thursday, March 29, 2012

SUGAR POT FOR SALE

Berminat sila call 017-3551371 - Norbie




Corak bunganya cantik dan jarang jumpa.
Ketinggian 5 inci
Kelebaran dari telinga ke telinga 6 /12 inci

Rege jualan RM45.00


Barang2 juga boleh di ambil sendiri di Garage Sales Anggerik Mall, Shah Alam pada setiap hari Ahad.




GoBok Khazanah Silam

Tuesday, March 27, 2012

AKTIVITI ANAK2 DIGARAGE SALES ANGGERIK MALL

Assalamualaikum......

Hai semua....semuga harimu indah dan ceria selalu. Maniskan wajah dengan senyuman kurangkan manisan dalam pemakanan....insyahallah sihat walhafiat sekeluarga.....;-)

Bak kata pepatah Melayu, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya....jika pemakanan anak2 sedari kecil kite jaga dan pantau...cara pemakanan sihat itulah amalan mereka sehingga dewasa. Jangan le kite memberi anak2 makan terlalu banyak makanan segera disebabkan  kite nie nak segera menyelesaikan tugas2 memegang senduk dan sudip....hihihi...maaf ya jika terasa.

Jika itulah kebiasaan yang kite jamukan pada mereka sebenarnya kite secara halusnya tidak menyayangi mereka. Namun pengaruh luar juga maha hebat buat anak2 kite. Sebagai ibu kite usahakan apa yang terbaik buat pembesaran mereka.
Hiss..hiss..hiss....berletiaq pulak kite nie ya....macam bagusssss je no....tapiiiiiii..yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadankan semua.....

Oklah kali ini kite nak bercerita aktiviti yang di jalankan di Garage Sales, Anggerik Mall, Shah Alam pada hari Ahad 25/3/12.  Aktiviti ini melibatkan kanak-kanak yang seawal usia 5 Tahun hingga 12 Tahun. Aktiviti ini dianjurkan oleh Puan Salbiah dari Acik Kreatif yang mana beliau mempunyai lot kedai di tingkat satu bangunan tersebut.

Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mengubah Clay. Anak2 ini diberi sebiji botol, clay khas 5 warna dan peralatan mengubah. Terpulanglah pada kretiviti mereka untuk membentuk dan mengubahnya. Seronok melihat keletah anak2 ini berusaha membentuk bahan2 yang diberikan. Yang mana pernah mempelajarinya dari Puan Salbiah sudah tentu tidak menjadi hal...tapi yang tidak.... terkial-kiallah juga melakukan tugasan yang diberikan. Namun semangat itu yang penting.

Yang ditunggu oleh anak2 ini setelah selesai kerja2 kraftangan mereka ialah acara penyampian hadiah.  Masing2 sibuk menilai sesame sendiri. Nampak teruja sekali. Kedengaran soksek soksek mereka 'berdiskusi'......hihihi...seronok melihatnya......anak2 keletah mereka sentiasa menghiburkan.

Acara penutup yang ditunggu tiba. Pemenang diumumkan. Tempat pertama dimenangi oleh Adik Putera, putera Pn. Liza dari Kedai Ipoh Loken. Kedua, Adik Aisyah, cucu pada salah seorang peniaga Pn. Zainab dan Ketiga...puteri kite...Aisyah Nabilah. Yang menang sudah tentulah gembira dan tersenyum lebar hati berbunga setaman....tapi pada yang tidak....sedih dan ada juga yang menangis.....sedih bebbb....harapan mengunung tau.
Namun pihak penganjur tidak menghampakan mereka. Hadiah saguhati diberikan sebagai pemberi semangat buat mereka. Anak2 asalkan ianya bernama hadiah..cukup membuat hati mereka berbunga dan berlagu riang...:-)

Berdiri dua dari kiri ialah Datin Mardiah dan disebelahnyaPn. Salbiah 

Hadiah2 disampaikan oleh Datin Mardiah dari Mar Invoations. Beliau adalah salah seorang tulang belakang Garage Sales di Anggerik Mall. Kedai beliau terletak ditingkat satu. Hadiah2 juga disumbangkan oleh En. Sharif dan isteri, Pn. Zai yang merupakan peniaga di Garage Sales ini.


Inilah hadiah yang dimenangi


Terhibur hati anak2....terhibur juga hati kami. Semuga di lain masa akan diadakan lagi berbagai2 pertandingan bagi memeriahkan Garage Sales ini  khususnya dan bangunan Anggerik Mall secara amnya.


Akhir kata ribuan terima kasih atas kesudian membaca n3 ini....semuga hidupmu sentiasa tenang dan ceria...:-)




GoBok Khazanah Silam

Sunday, March 25, 2012

BUNGA LALANG FOR SALE

Berminat sila call 017-3551371 - Norbie




Bunga Lalang Untuk Di Jual

Terdiri dari :-
Satu TEKO BULAT BESAR 
(ada cip didalam mulut teko tapi tak mencacatkan penampilan)
Satu PIRING KUIH  berukuran 8 inci

Maaf PINGGAN BUJUR hanya prop bagi nampak menarik je.


SOLD

Barang2 juga boleh di ambil sendiri di Garage Sales Anggerik Mall, Shah Alam pada setiap hari Ahad.





GoBok Khazanah Silam