Yang Sudi Ikut Kiter

Saturday, July 31, 2010


*~~~* J U A L A N *~~~*


P E L I T A  J A L U R  B I N T I K   H I J A U

SOLD

SATU RM 25.00
(tanpa postage)
(ada cop made in Hong Kong)

Berkenan dan berminat sila-sila le mengontek kite di talian 017-3551371






GoBok Khazanah Silam

Thursday, July 29, 2010


*~~~*J U A L A N*~~~*
~~SuGaR PoT~~




SuGaR PoT RM35.00
(tak termasuk postage)
(BOOKED)


Tak tahu jenis bunga apa tetapi sesiapa yang mempunyai set bunga ini boleh le menambah apa yang tak cukup atau pon sebagai extra saja. Buat koleksi hanya sugar pot pon ok.

Berminat... call atau sms ke 017-3551371...

GoBok Khazanah Silam
HaDIaH YaNg DiTUnGgu DaH TiBA
- The Best N3 GA KellyWAlter



Kepada KellyWalter ribuan terima kasih di atas pemberian ini
 

Salam semua....apa macam.... cantik tak wild roses kat atas tu?... bestnyaaaa dapat platter dan mangkuk sampan nie. Sebenarnya hadiah nie kite terima pada hari Selasa tepat pada pukul 1.00 pm, tapi memandangkan kite tak sihat, bukan kite je tapi anak bongsu kite pon tak sihat  tak le kite terus mengn3nya... tertangguh dua hari...

Selepas sembahyang maghrib berjemaah malam tu, kami anak beranak berkumpul nak buka kotak kiriman tu ...yang paling excited si abang le.... dia lah yang tukang bukakan...nasib baik si adik tak sihat kalau tidak berebut-rebut le anak2ku nie....biasa lekan anak2....kite tengok je telatah dia...elok2 je buka dia terus amik pinggan tu julang sambil bersorak "yeea yeea mama dapat hadiah pinggan...tambah lagi le pinggan mamakan... baik hati betul orang tukan mama"......gitu le excitednye dia. Memang Kelly tu baik hati kalau tidak tak ada le hadiah misteri satu lagi ditambah, yang dicatat dalam GA dia cuma ada dua je hadiah misteri.

Kalau nak tahu si abang nie dah menunjukkan minat dalam hobi antik nie. Kalau gi mana2 atau singgah kedai makan atau kedai jual pinggan mangkuk, dia dah tahu yang mana lama dan baru...dia akan tengok bontot pinggan ke cawan ke... tu le keletah anak sulung kite tu....kadang2 kite tergelak melihat keterujaannya kalau ternampak barang lama nie. Dia dah kenal bk, kekwa merah, kekwa hitem, bakul biru / merah...kalau jumpa dia le dulu tengok bontot pinggan tu kalau tak ada mohornya dia kata "tak yah amik mama nie baru punya..tak ada cop"....emmm..abang..abang..yang adik cume suke pelita je..terutama yang comei2.

Ini le khazanah terawal kite yang menjadi salah satu pencetus minat kite kat barang2 silam.

Dah jumpa sepupu sepapat dia... she not lonely anymore..hehehehe
adik beradik yang lain... dah lama arwah......


Ok nampaknya hanya setakat ini aje coretan kite...semuga ketemu lagi dilain masa..salam dari kite semuga semua beroleh rahmat dariNYA.

GoBok Khazanah Silam 

Tuesday, July 27, 2010

Meh Join GA D@N!$y@K!!FL! - SYA
- Ole-oLe DAr! LangKaw!



Pink yang menawan kalbu

DANISYAKIFFLI'S GIVE AWAY
OLE OLE DARI LANGKAWI

Salam dan apa kabar yea semua hari ini?.
Semuga semuanya sihat walhafiat di samping orang tersayang.

Sebenarnya dah lama dah Si Sya ni menjemput kite joint GA dia nie tapi tulah bila komen tak masuk2 tu yang tergendala tu tapi bila dah masuk kite lak tak ada kelapangan nak buat n3 untuk dia. Masih sempat lagi walau dah hujung2 nyawa....

GA ini di ada kan sempena 'Hari Lahir Suami Tersayang Sya dan juga meraikan sambutan Ulangtahun Perkahwinan Ke 2 pasangan ini.'

Sesiapa yang belum joint tu meh le joint sama masih sempat lagi tapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi yea...dibawah nie ada syarat2nya baca yea...

Syarat -syarat penyertaan : -


1). Mesti menjadi follower sya...yang mana belum follow sila lah follow yer.. 
  • Akk dah follow lama dah yea....


2). Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing

  • Dah lama buat dah jadi follower je terus link 


3). Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut

  • Dah awal2 dah nampak link tu


 
4). Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3  masing-masing semuga ucapan dan doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t doakan yang baik-baik je) :)
      Buat Sya dan suami akk doakan  'Semuga Apa Yang Di Bina  Dengan Kasih Sayang Dan Curahan Rasa Cinta Yang Mendalam Akan Menjadi Pemangkin Kebahagian Rumahtangga Yang Berkekalan Dan Hanya Panggilan ILAHI Sahaja Yang Memisahkan Namun SYURGA Mohon Diketemukan Kembali'.....Amin
InsyahAllah


5). Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer... senang sya nak jejak comment di shoutbox tidak diambil kite yer..
  • Ni yang membuat lambat masuk n3 tapi alhamdulilah dah masuk  tapi bukan satu tapi  tiga dah... hahahaha

6.). Tarikh mula penyertaan dari 6 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010..

  •       Masih sempat lagi lum 31 Julai lagi

7). Penyertaan GA ini hanya untuk blogger di Malaysia sahaja..

  •        Kite orang Malaysia tinggal pon kat Malaysia..

8). Peserta yang bertuah akan dipilih secara rawak oleh my beloved hubby..dan persert bertuah hanya seorang sahaja...
  •       Yang dapat tu rezeki dia le tu...


9). Hadiah akan dipos kepada pemenang minggu pertama bulan Aug nanti...
    SEMOGA BERJAYA & TENGKIUUUU KEPADA YANG JOIN GA SYA...:)

  •     Sama-sama le kite.... dapat memeriahkan GA nie pon jadi le...



GoBok Khazanah Silam

Monday, July 26, 2010

~~~* J U A L A N *~~~
~~ SuGaR PoT ~~



SuGaR PoT RM30
(tanpa postage)

(BOOKED)

Dari pandangan  belakang  dan cop mohornya dari G &S Made In Germany dan bunganya dari pandangan dekat. Ada sedikit chip dibibir mulut tapi tak mencacatkan pandangan sbb ditutupi oleh penutupnya..sesuai untuk menambahkan koleksi set atau koleksi sugar pot...mmg cune untuk dipamerkan.   

Ada sesiapa yang berkenan silakan mengontek kite ditalian 017 - 3551371...call lebih senang dari sms....

SILAT GAYONG
SeNi BeLA DiRi WaRiSaN SiLaM
-Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)




Bacaan doa sebelum memulakan upacara membuka gelanggang.


Upacara membuka gelanggang dimulai dengan bacaaan selawat keatas nabi junjungan Nabi Muhamad s.w. disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas diketuai oleh guru silat Encik Roshdan Samad (keadaan yg sama juga apabila menutup gelanggang)


Dimulakan bicara dengan bismilahirahmannirohim..... Asalamualaikum semua dan semuga semuanya beroleh kesihatan yang sihat walhafiat.

Hari ini kite ingin berkongsi serba sedikit tentang satu warisan silam melayu dalam seni mempertahankan diri.. satu warisan yang harus sama2 kite jaga dah peliharan agar ianya tidak ditengelami dan diabaikan oleh generasi kini dan akan datang dengan kebanjiran seni bela diri yang diimport dari luar. Silat kite jiwa kite. 

Seni mempertahankan diri yang ingin kite kongsi adalah silat gayong. Mungkin ramai yang telah mengenalinya namun disini kite ingin berkongsi sedikit info.

Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak.  Silat Gayong mempunyai beberapa warna bengkung atau talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
  1. Hitam (Kosong)
  2. Awan Putih
  3. Pelangi Hijau (7thn - 9thn)
  4. Pelangi Merah (10thn - 11thn)
  5. Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3)
  6. Pelangi Kuning
  7. Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5)
  8. Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6)
  9. Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja

Baru2 nie pada hari Sabtu 24hb Julai 2010 tepat pada pukul 5.00 petang telah berlangsung di Gelanggang Silat Gayong Pantai Ria satu majlis ujian peningkatan bengkuk bagi anak2 gayong gelanggang ini.  Majlis ini telah dikelolakan oleh AJK Surau AlHijrah Pantai Ria. Jurulatih bagi gelanggang ini ialah Encik Roshdan Samad. Seramai 80 orang anak gayong berbagai peringkat usia menghadiri ujian peningkatan bengkung ini.

Jurulatih2 yang mengendalikan ujian keatas anak2 gayong ini dilantik oleh PSSGM Wilayah Persekutuan terdiri dari : -

1). Encik Hapipi Idris dari Gelanggang UTM Jalan Semarak
     (bagi kategori remaja : - 12tahun dan keatas)

2). Encik Sharil Hafiz juga dari gelangang yang sama.
     (bagi kategori kanak-kanak : - 7tahun hingga 11 tahun)




Di tandai dgan nombor sebelum ujian dijalankan oleh guru silat.





Aisyah Nabilah (pasangan no. 9) sedang menjalani ujian untuk mendapatkan bengkung putih chula hijau (bagi peringkat umur 7-9 tahun)










Si Abang Muhamad Nabil Aiman dinilai kecekapan setiap langkah gerakan silat gayong bagi mendapatkan bengkung putih cula merah.






Kategori remaja berbagai peringkat usia




Bergambar beramai2 dengan guru silat (berbengkung merah) dan para jurulatih setelah tamat ujian. 



setelah usai xtvt yang dijalankan... makan time...
cian anak2 mama penat yea....


Ini le xtvt anak2 kite.....pada setiap malam Sabtu dan Ahad. Kepada sesiapa yang berminat untuk anak2 mereka menyertai xtvt ini boleh le datang sendiri ke Masjid Abdul Rahman Bin Auf  Jalan Puchong pada setiap malam Sabtu dan pada malam Ahad di Pangsapuri PPR Pantai Ria. Waktu latihan bermula pada 9.00 mlm dan selesai pada 12.00 mlm.

Sekian saja untuk kali ini...semuga kite semua dirahmati dan diberkati selalu. Assalamualaikum..


GoBok Khazanah Silam