Yang Sudi Ikut Kiter

Monday, July 26, 2010

SILAT GAYONG
SeNi BeLA DiRi WaRiSaN SiLaM
-Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)




Bacaan doa sebelum memulakan upacara membuka gelanggang.


Upacara membuka gelanggang dimulai dengan bacaaan selawat keatas nabi junjungan Nabi Muhamad s.w. disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas diketuai oleh guru silat Encik Roshdan Samad (keadaan yg sama juga apabila menutup gelanggang)


Dimulakan bicara dengan bismilahirahmannirohim..... Asalamualaikum semua dan semuga semuanya beroleh kesihatan yang sihat walhafiat.

Hari ini kite ingin berkongsi serba sedikit tentang satu warisan silam melayu dalam seni mempertahankan diri.. satu warisan yang harus sama2 kite jaga dah peliharan agar ianya tidak ditengelami dan diabaikan oleh generasi kini dan akan datang dengan kebanjiran seni bela diri yang diimport dari luar. Silat kite jiwa kite. 

Seni mempertahankan diri yang ingin kite kongsi adalah silat gayong. Mungkin ramai yang telah mengenalinya namun disini kite ingin berkongsi sedikit info.

Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak.  Silat Gayong mempunyai beberapa warna bengkung atau talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
  1. Hitam (Kosong)
  2. Awan Putih
  3. Pelangi Hijau (7thn - 9thn)
  4. Pelangi Merah (10thn - 11thn)
  5. Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3)
  6. Pelangi Kuning
  7. Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5)
  8. Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6)
  9. Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja

Baru2 nie pada hari Sabtu 24hb Julai 2010 tepat pada pukul 5.00 petang telah berlangsung di Gelanggang Silat Gayong Pantai Ria satu majlis ujian peningkatan bengkuk bagi anak2 gayong gelanggang ini.  Majlis ini telah dikelolakan oleh AJK Surau AlHijrah Pantai Ria. Jurulatih bagi gelanggang ini ialah Encik Roshdan Samad. Seramai 80 orang anak gayong berbagai peringkat usia menghadiri ujian peningkatan bengkung ini.

Jurulatih2 yang mengendalikan ujian keatas anak2 gayong ini dilantik oleh PSSGM Wilayah Persekutuan terdiri dari : -

1). Encik Hapipi Idris dari Gelanggang UTM Jalan Semarak
     (bagi kategori remaja : - 12tahun dan keatas)

2). Encik Sharil Hafiz juga dari gelangang yang sama.
     (bagi kategori kanak-kanak : - 7tahun hingga 11 tahun)




Di tandai dgan nombor sebelum ujian dijalankan oleh guru silat.





Aisyah Nabilah (pasangan no. 9) sedang menjalani ujian untuk mendapatkan bengkung putih chula hijau (bagi peringkat umur 7-9 tahun)










Si Abang Muhamad Nabil Aiman dinilai kecekapan setiap langkah gerakan silat gayong bagi mendapatkan bengkung putih cula merah.






Kategori remaja berbagai peringkat usia




Bergambar beramai2 dengan guru silat (berbengkung merah) dan para jurulatih setelah tamat ujian. 



setelah usai xtvt yang dijalankan... makan time...
cian anak2 mama penat yea....


Ini le xtvt anak2 kite.....pada setiap malam Sabtu dan Ahad. Kepada sesiapa yang berminat untuk anak2 mereka menyertai xtvt ini boleh le datang sendiri ke Masjid Abdul Rahman Bin Auf  Jalan Puchong pada setiap malam Sabtu dan pada malam Ahad di Pangsapuri PPR Pantai Ria. Waktu latihan bermula pada 9.00 mlm dan selesai pada 12.00 mlm.

Sekian saja untuk kali ini...semuga kite semua dirahmati dan diberkati selalu. Assalamualaikum..


GoBok Khazanah Silam

No comments:

Post a Comment