Yang Sudi Ikut Kiter

Showing posts with label Garage Sales. Show all posts
Showing posts with label Garage Sales. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

AKTIVITI ANAK2 DIGARAGE SALES ANGGERIK MALL

Assalamualaikum......

Hai semua....semuga harimu indah dan ceria selalu. Maniskan wajah dengan senyuman kurangkan manisan dalam pemakanan....insyahallah sihat walhafiat sekeluarga.....;-)

Bak kata pepatah Melayu, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya....jika pemakanan anak2 sedari kecil kite jaga dan pantau...cara pemakanan sihat itulah amalan mereka sehingga dewasa. Jangan le kite memberi anak2 makan terlalu banyak makanan segera disebabkan  kite nie nak segera menyelesaikan tugas2 memegang senduk dan sudip....hihihi...maaf ya jika terasa.

Jika itulah kebiasaan yang kite jamukan pada mereka sebenarnya kite secara halusnya tidak menyayangi mereka. Namun pengaruh luar juga maha hebat buat anak2 kite. Sebagai ibu kite usahakan apa yang terbaik buat pembesaran mereka.
Hiss..hiss..hiss....berletiaq pulak kite nie ya....macam bagusssss je no....tapiiiiiii..yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadankan semua.....

Oklah kali ini kite nak bercerita aktiviti yang di jalankan di Garage Sales, Anggerik Mall, Shah Alam pada hari Ahad 25/3/12.  Aktiviti ini melibatkan kanak-kanak yang seawal usia 5 Tahun hingga 12 Tahun. Aktiviti ini dianjurkan oleh Puan Salbiah dari Acik Kreatif yang mana beliau mempunyai lot kedai di tingkat satu bangunan tersebut.

Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mengubah Clay. Anak2 ini diberi sebiji botol, clay khas 5 warna dan peralatan mengubah. Terpulanglah pada kretiviti mereka untuk membentuk dan mengubahnya. Seronok melihat keletah anak2 ini berusaha membentuk bahan2 yang diberikan. Yang mana pernah mempelajarinya dari Puan Salbiah sudah tentu tidak menjadi hal...tapi yang tidak.... terkial-kiallah juga melakukan tugasan yang diberikan. Namun semangat itu yang penting.

Yang ditunggu oleh anak2 ini setelah selesai kerja2 kraftangan mereka ialah acara penyampian hadiah.  Masing2 sibuk menilai sesame sendiri. Nampak teruja sekali. Kedengaran soksek soksek mereka 'berdiskusi'......hihihi...seronok melihatnya......anak2 keletah mereka sentiasa menghiburkan.

Acara penutup yang ditunggu tiba. Pemenang diumumkan. Tempat pertama dimenangi oleh Adik Putera, putera Pn. Liza dari Kedai Ipoh Loken. Kedua, Adik Aisyah, cucu pada salah seorang peniaga Pn. Zainab dan Ketiga...puteri kite...Aisyah Nabilah. Yang menang sudah tentulah gembira dan tersenyum lebar hati berbunga setaman....tapi pada yang tidak....sedih dan ada juga yang menangis.....sedih bebbb....harapan mengunung tau.
Namun pihak penganjur tidak menghampakan mereka. Hadiah saguhati diberikan sebagai pemberi semangat buat mereka. Anak2 asalkan ianya bernama hadiah..cukup membuat hati mereka berbunga dan berlagu riang...:-)

Berdiri dua dari kiri ialah Datin Mardiah dan disebelahnyaPn. Salbiah 

Hadiah2 disampaikan oleh Datin Mardiah dari Mar Invoations. Beliau adalah salah seorang tulang belakang Garage Sales di Anggerik Mall. Kedai beliau terletak ditingkat satu. Hadiah2 juga disumbangkan oleh En. Sharif dan isteri, Pn. Zai yang merupakan peniaga di Garage Sales ini.


Inilah hadiah yang dimenangi


Terhibur hati anak2....terhibur juga hati kami. Semuga di lain masa akan diadakan lagi berbagai2 pertandingan bagi memeriahkan Garage Sales ini  khususnya dan bangunan Anggerik Mall secara amnya.


Akhir kata ribuan terima kasih atas kesudian membaca n3 ini....semuga hidupmu sentiasa tenang dan ceria...:-)




GoBok Khazanah Silam

Wednesday, February 1, 2012

Jom Ke Garage Sale Anggerik Mall....Hari Ahad ya...


Assalamualaikum semua...semuga sihat sejahtera ya.....walaupon kita tak berapa sihat..deman, batuk dan selsema tapi kita harung juga demi untuk mewar-warkan lokasi terbaru bagi peminat barang2 lama untuk bershopping.

Di jemput datang ya.....macam2 adaaaa....bukan sekadar pml je tapi duit2 lama, setem, barang2 tembaga...malah kepada pengumpul tabung2 lama...barangan ini pon ada dijual di sana...datanglah....kalau tak tengok dengan mata sendiri kita tak tahu apakah barang yang kita hajati ada disituuuuu....apa lagi..... datang le ke Anggerik Mall pada setiap hari Ahad.

Oh ya kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga sila call
017-2422693 PUAN NURLIZA
beliau pon ada berniaga di sana...
juga memiliki kedai antik di tingkat satu....KEDAI IPON LOKEN


Ini le gerai kite pada minggu permulaan....8hb Januari 2012.

Alhamdulilah...sambutan amat mengalakkan....ribuan terima kasih kepada rakan2 FB mahupun blog yang membeli jualan kami...juga tak lupa kepada pembeli2 semua...






Bersama Puan Liza dan rakan niaga Puan Rozaidah

InsyahAllah jika tiada aral melintang kami akan berniaga pada setiap minggu pertama, kedua dan keempat pada setiap bulan. 

Kite jumpa di sana ya....