Yang Sudi Ikut Kiter

Showing posts with label PENGAMBARAN MAJALAH MIDI. Show all posts
Showing posts with label PENGAMBARAN MAJALAH MIDI. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Mama's Club In MIDI 




Salam sejahtera di pagi Jumaat yang menyejukkan ini.... pagi ini cuaca di sini 'windy' and 'cloudy'. Sungguh segar rasanya pagi ni.. sejuk je.....

Ok lah pagi nie kite saja nak share gan semua keseronokkan kite first time keluar dalam majalah.. bagi yang dah biasa tu ... ala biasa2 je tapi bagi yang first macam kite nie...lain keseronokakan dan keterujaannya.

Ini le muka depan majalah MIDI yang memaparkan kisah kite bersama ahli2 Mama's Club iaitu nama group kelas masakkan  bagi kaum ibu di penempatan kite, sambil2 tu kite juga ingin mempermosikan  kelas masakan  kami disini... Kelas ini diadakan pada setiap  minggu pertama dan minggu ketiga pada setiap bulan berlokasi di Dewan Serbaguna,Batu 5 1/2 ,Jalan Puchong... bersebelah Masjid Abdul Rahman Al-Auf. Kepada sesiapa yang berhampiran dan berminat untuk turut serta boleh le terus hadir pada waktu yang dinyatakan.. jika ragu2 lokasinya boleh le terus mengotek kite seperti no yang tertera diprofile kite... kehadiran anda amat dialu-alukan.


Bersama kawan-kawan yang sekepala dan juga peneraju Mama's Club





Ini le antara recepi yang dipaparkan... yang paling penting pinggan dan cawan khazanah silam kite masuk majalah.. hehehe tu yang seronok sebenarnya...

Nampaknya setakat ini le saja n3 kite buat kali ini....semuga semua dilindungi dan diberkati Allah selalu... Amin.

GoBok Khazanah Silam

Tuesday, June 22, 2010

Pengambaran Majalah MIDI

Sesi temuramah oleh wartawan MIDI   Pn. Hasliza AR Kamaluddin
 
bagi mendapatkan shoot yg cantek sanggup diri atas krusi





ini le rupanya setelah siap dimasak dan dihidangkan dalam pinggan2 bunga kangkung dan bunga padi  yang penuh nastolgia nie...klasik sekali sesuai dgn rcp tradisional nie..


GoBok Khazanah Silam

Seiring dan Sejalan.....
Asalamualaikum dan selamat malam semua... rini kiter nak kongsi satu pengalaman yang indah yang akan kiter simpan sebagai khazanah silam hidup kiter iaitu pengalaman shooting majalah. Ini semua jasa baik kawan kiter Pn Shiela dari Nshafea Duniaku yang menjemput kami.. member2 Mama's Club untuk terlibat sama dalam sesi pengambaran Majalah MIDI bagi ruangan Jom Masak (konsep tradisional) keluaran Julai 15 2010. Dua recepi yang akan dipaparkan ialah Rendang Ayam Pindang yang di demokan oleh Pn. Shiela dan satu lagi Kiuh Bakar Pandan oleh kiter sendiri. Terima kasih juga kepada rakan2 yang turut serta menambah seri pengambaran tersebut : Pn. Deanna dari NMY House of Satay, Pn Khairul Bahariah (rakan FB) dan ketua kelas memasak kami Pn. Salmah.