Yang Sudi Ikut Kiter

Sunday, December 16, 2012

Asal Usul Terciptanya Nama Set Bunga Sabun


Asal Usul Set Bunga Sabun

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada pembaca non-muslim.
Terima kasih kerana sudi singgah dan melayari blog GoBok Khazanah Silam ini.


Emmm....pasti anda semua tertanya2kan dan inginkan kepastian dan jawapan dari tajuk entri kite kali ini. Pernah tak anda semua persoalkan kenapa set ini di namakan set Bunga Sabun?...pasti ada bukan...begitu juga dengan kite...walau pon kite mendapat jawapanya dari mulut ke mulut....dari otai2 PML tapi kite tidak ada kesahihan atau bukit kukuh mengatakan itulah penyebab terciptanya nama yang kite rasa pelik nie.


BUNGA SABUN....sabun ada bunga?...bukan ke pelik...sedangkan bunga yang terdapat pada set ini comel, kecil dan tersusun cantik menjalar berwarna biru dan pink...tak nampak langsung unsur2 sabun.....itu le pada mulanya yang berlegar2 dikepala otak kite masa mula2 diperkenakan dengan set ini....ehhh pelik la.....tapi setelah di ceritakan asal usul namanya baru lah....OOOOOO gitu rupanya.


Disini kite ingin berkongsi dengan pembaca semua apa penyebabnya.


Nama Set Bunga Sabun ini tercipta adalah disebabkan pada awal tahun 70an (atau mungkin awal lagi dari tarikh tersebut) terdapat iklan Sabun Breeze yang menawarkan hadiah set cawan dengan setiap pembelian kotak bersaiz besar sabun ini...mungkin susah hendak memanggilnya dikalangan ibu2 kite dahulu maka untuk memudahkan mengenali dan mengecam set cawan ini maka mereka memanggilnya Set Bunga Sabun. Mungkin inilah kegilaan dikalangan ibu2 pada zaman itu untuk membuat koleksi barang2 free gift seperti yang kite semua alami kini. Pasti ada yang suka mengumpul barang2 free gift terutama dari jenama2 popular seperti Nescafe, Milo, Dumex dan sebagainya...itulah pencetus hobi sebahagian daripada kita.


Set Bunga Sabun ini ada dua versi...satu yang sememangnya set asal yang mana pembuatannya disertakan cop dibawah cawan / piring dan satu lagi  tiada cop yang mana ianya khas untuk iklan sabun tersebut. Pasti anda pernah mendapat set ini ada yang mempunyai cop (copnya macam berkerawang dan berwarna hijau) dan ada yang tidak.




Posing maut gitu...


Inilah Majalah Wanita yang terdapat iklan Sabun Breeze yang menawarkan hadiah set cawan tersebut. Majalah Wanita ini bertarikh Februari 1971....perhatikan harga majalah ini...70 sen je regenya pada masa itu.....murah nampaknya...tapi itu nilai zaman tersebut...la nie usah baca la nak dapat majalah rege tu...paper pon dah RM1.20 yang paling murah.




Perhatikan tarikhnya...Februari 1971....maknanya set cawan nie sudah menjangkau usia 40an...kira antik dah nie..




Inilah iklan Sabun Breeze yang menawarkan set cawan Bunga Sabun.


Sesiapa yang berminat dengan set cawan nie kite ada stok jualan.


Terdiri dari 3 set cawan dan 3 biji piring /alas
RM90.00 tanpa kos pos.
(jika berminat saya akan sertakan salinan iklan penuh -RM2.00 sekeping-A3 size)


COD di Anggerik Mall, Shah Alam pada setiap hari Ahad
COD di Tesco Puchong / Giant Bandar Puteri Puchong pada hari Sabtu dan pada hari berkerja hanya pada waktu  malam saja.




GoBok Khazanah Silam

No comments:

Post a Comment